Cerita huruf "P"



Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening
-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Siapa dapat baca sampai habis, memang hebat. HEHEHE

Keajaiban di peperangan Gaza


Subhanallah..Allah Akhbar......

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

Ayuh Jihad!!





Assalamualaikum...

JIHAD ADALAH SEBAHAGIAN DARI PERSIAPAN KITA.


Bila sampainya hari itu, dimana hanya peperangan saja 
yang menjadi cara untuk mempertahankan agama Islam kita, adakah kita anak-anak muda sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kaum-kaum kafir yang memerangi Islam?

Semoga Allah menguatkan iman kita bila sampainya saat-saat itu. Wallahualam...

Israel lancarkan serangan ke atas Gaza


TV Turki menyiarkan berita serangan Israel ke atas Gaza...
Untuk pertama kalinya pejuang Palesstin dari Brigade Izzuddin al Qassam, berjaya mengempur Kota Tel Aviv, 75 kilometer dari Jalur Gaza, dengan roket “Fajar 5”. Tindakan itu dilakukan sebagai balasan tindakan tentera Israel membunuh komandan al Qassam Ahmad Ja’bari’ dan beberapa yang lain.Sehingga ini pejuang Palestin telah melepaskan tidak kurang 200 roket ke Israel, 4 orang diberitakan terkorban dan puluhan lagi luka parah.

Apakah kemungkinan berlaku sekali lagi Perang Israel ke atas Ghaza?. Jika berlaku kali ini Hamas tentu lebih bersedia menghadapinya..keupayaan mereka menyerang hingga ke Kota Tel Aviv sebagai bukti kemampuan mereka.. InsyaAllah..



''Pada hari jumaat ada satu saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu, dan memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya dikabulkan permohonannya itu.Nabi SAW bersabda di dalam hadith Bukhari menyebutkan tentang hari jumaat:


Nabi memberi isyarat dengan tangannya bahawa saat itu amat singkat..'' [Riwayat Abu Hurairah]

-----------------------

Renungan: Terhalangnya hati dari berdoa, lebih malang dari doa yang tidak makbul..


13 PeRkArA YaNg pErLU dIjAgA wANiTA


1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Alternatif For downloading From Hosted Website

Just go to this website..

http://mydownload2u.com/register.php?refererid=1332093930






http://mydownload2u.com/register.php?refererid=1332093930

::BESARNYA DOSA MENGUMPAT::



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"
[H.R Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban]
Jom sebarkan...

Daripada Abdullah bin Amr r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً" Maksudnya "SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT" (HR. Imam Bukhari)

PAHALA yang diterima oleh mereka yang menyebarkan ILMU berkekalan hingga ke AKHIRAT selagi manusia mendapat MANFAAT daripada ILMU yang disampaikan itu.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Apabila matinya seorang anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali TIGA perkara iaitu, SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT dan DOA ANAK YANG SOLEH"
(Riwayat Imam Muslim termasuk Imam Ahmad)

CERITA KUCING...(T.T)


    Zaid seorang yang lelaki remaja yang bermasalah. Segala kejahatan semua dia pernah lakukan, kecuali bunuh orang. Hidup nya dari kecil sangat menyayat hati. Dia adalah anak yang ditinggalkan ibu bapa akibat perceraian. Sejak kecil kehidupannya amat susah sekali. Tinggal bersama datuknya yang uzur. Hidup ibarat kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang.

Dia hanya dapat bersekolah setakat tingkatan 3, memandangkan selepas kematian datuknya dia terpaksa berhenti sekolah. Sejak hari itu, Zaid membawa diri dengan bekerja di car wash. Dia merantau dan membesar dengan hidup yang kacau bilau.

Kalau lihat air mukanya tak pernah senyum. Orang nya serius. Boleh dikatakan Zaid manusia yang tiada sense of humor. Sejak dia kehilangan datuknya, dia banyak menghabiskan dunia kehidupannya bersama remaja-remaja lain. Semua aktiviti remaja sekarang seperti merempit, perempuan dan lain-lain adalah rutin kehidupannya.

Bila dia kesorangan dia pasti menangis mengenangkan dirinya yang hidup tanpa kasih sayang. Malah dia tak tahu apa erti kasih sayang. Melainkan hidupnya berdendam dengan kedua orang tuanya yang sanggup meninggalkannya sewaktu kecil kepada arwah datuknya.

Bulan Ramadhan sekali sekala dia akan berpuasa... Kali ini Ramadhan menjelma lagi.



     Suatu hari seperti biasa dia ke tempat kerjanya. Entah bagaimana dalam asyik dia mengemas stor belakang datang seekor anak kucing menghampirinya. Zaid memandang sahaja. Di halau kucing itu jauh-jauh. Dia perasan anak kucing itu selalu mendapat makan di gerai makan depan car wash tempat kerjanya. 

      Memandangkan bulan Ramadhan gerai makan tersebut ditutup. Terkonteng-konteng anak kucing datang mengelilinginya sambil mengiaw-ngiaw.

“Lapar ni. ....” detik hatinya. Dia memandang “bekal” nasi yang dibawa.. itulah bekal yang di bawa dalam bulan puasa untuk “berbuka” awal dalam stornya. Tiba-tiba terdetik hatinya terasa kasihan. Lalu diambil juadah “berbuka” puasanya untuk tengah hari diberi anak kucing itu makan. Anak kucing itu makan dengan lahapnya. Sesekali hampir tercekik makanan yang dimakannya. Zaid tersenyum melihat telatah anak kucing itu.

Hatinya berkata,” Nampaknya aku kene puasa lah macam ni...rezeki kau kucing...
Keesokkan harinya masih sama...anak kucing itu menanti kedatangan Zaid. Kali ini anak kucing itu nampak riang. Seperti semalam Zaid beri kucing tersebut makan lagi bekalannya. Sehingga tak sedar esok hari terakhir bulan Ramadhan. Bermakna dari awal puasa kerana seekor kucing Zaid telah berpuasa . Dengan memberi makan anak kucing Zaid teruskan berpuasa sehingga berbuka.

Tiba-tiba Zaid termenung sambil melihat anak kucing itu sedang bermain girang, dia merasakan sesuatu yang pelik berlaku dalam dirinya. Dia merasakan dirinya punyai kasih sayang. Mungkin selama ini dia kekurangan kasih sayang bukan bermakna dia tidak ada kasih sayang dalam dirinya. Mungkin dia punyai kasih sayang yang terlalu banyak yang belum dinodai sehinggakan ada insan lain yang perlu kasih sayang Zaid.

“ Rupanya aku kaya dengan kasih sayang kalau tidak manakan aku sanggup berpuasa demi binatang kecil ini. Airmatanya mengalir deras. Dia berlutut ke bumi, dan menadah syukur kerana Allah berikan dia kesedaran dan taufik hidayah melalui seekor anak kucing.” Mulai hari ini aku ingin bertaubat,” detik hatinya.

Lalu Zaid memegang anak kucing itu sambil mencium dan menggumol kucing tersebut. Terpancar keriangan dan kasih sayang yang ikhlas dari dalam diri Zaid. Anak kucing itu semakin hari semakin manja dengan Zaid. Aksi anak kucing itu kadang-kadang membuat Zaid ketawa. 

Zaid yang dulu hatinya keras, kini jiwanya halus dan mudah tersentuh. Zaid yang dulu tidak ada kasih sayang kini merasai apa itu kasih sayang. Zaid yang dulu sentiasa serius kini sering tersenyum. Zaid yang dulu tidak berpuasa kini berpuasa demi seekor anak kucing. Zaid yang dulu sentiasa memberontak kini dia semakin bermujahadah dan insaf kerana hadirnya KASIH (nama samara kucingnya) dalam hidupnya.... 

Taufiq hidayah Allah pelbagai cara... Maha Suci Engkau Ya Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...