Malaysia Kini




NEGARA
Mayat bayi rentung ditemui
22 Disember 2012

BEGINILAH keadaan mayat seorang budak perempuan yang ditemui rentung dengan perut terburai di Bukit Chagar, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung 80 peratus.

Pihaknya juga percaya, kanak-kanak malang itu dibakar dengan sejenis minyak dan kemudian dibungkus dalam plastik.

Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.

“Mayat itu dipercayai berada di kawasan ini kira-kira 12 jam yang lalu dan perut kanak-kanak terbabit juga didapati terburai,” katanya kepada Kosmo!.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-kosmo

KISAH POLIS & SUDIN





POLIS : "Selamat petang, Encik.. Boleh tengok Lesen, Roadtax ngan IC...?!!"

SUDIN : "Aduh, maaf En... saya lupa bawa Roadtax.. Roadtax saya ada kat bapak saya... semalam dia pakai motor saya.. dia lupa bagi balik roadtax motor ni!!"


Polis kemudian mengeluarkan surat Saman,,,

SUDIN : "Tolong Jangan Saman saya Cik... Saya tak sengaja.. Sekejap Encik, saya nak call bapak saya.. dia kerja kat Ibupejabat Polis Bukit Aman dekat situ jer Cik, Nak mintak dia datang bawakkan Roadtax saya.....!!"

Mendengar SI SUDIN berkata seperti itu... Polis itu agak terkejut,,,""!!

POLIS : "Betul bapak kamu kerja kat Ibupejabat Polis Bukit Aman..?"

SUDIN : "Iyer Betul Cik... kalo Encik tak percaya, En. boleh call dia... ini nombor tempat kerja dia, Cik ,,!!"

SI SUDIN memberikan secarik kertas yang berisi nombor telefon
bapanya yang bekerja disana,,!!""

POLIS : "hm...Okeylah, kamu boleh pergi...!!"

SUDIN : " Terima kasih banyak2, Cik,,!!"





Polis itu tiba2 rasa seperti kurang percaya dengan Sudin.. kerana ingin sangat tahu, si Polis itu menelefon nombor
telefon tersebut,,??""

POLIS : "Hello... Selamat Petang... Ini ibupejabat balai polis bukit aman yer ..??"

Suara ditelefon : "iyer Betul... ada yang boleh saya bantu Cik...??l?"

POLIS : “boleh saya tahu, ini di bahagian apa...??”

Suara ditelefon : “Oooh, Ini di bahagian KANTIN Cik… Encik nak 'Order' makanan ker..???”



KUANTAN-Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak maut, manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggangi mereka merempuh sebuah kereta memasuki laluan secara tiba-tiba di Jalan Kuantan- Kemaman berhampiran sebuah stesen minyak Kampung Sungai Ular, dekat sini, petang kelmarin.

    Dalam kemalangan kira-kira jam 7.25 petang itu, penunggang motosikal , Ahmad Hasrul Nizam Mohamad, 20, dari Taman Desa Jaya, Chukai, Terengganu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat, manakala rakannya, Ahmad Hanzalah Hashim, 20, dari Kuala Berang, Terengganu yang parah turut dihantar menerima rawatan di hospital sama.
      
     Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, berdasarkan siasatan awal, kereta jenis Citroen ZX dipandu Shamsul Riduan Rasidi, 20, dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala ke Kuantan.
Menurutnya, ketika menghampiri tempat kejadian, pemandu terbabit dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan, namun gagal lalu masuk ke laluan kiri secara tiba-tiba.

  “Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z datang dari arah belakang gagal mengelak lalu terlanggar bahagian pintu belakang sebelah kiri kereta terbabit.
“Akibat rempuhan itu, mangsa dan rakannya tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Zainalabidin berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dipetik dari http://sinarharian.com.my

IIUM ONLINE: PENCURI LAPTOP DAH KENA TANGKAP




Selasa (11.12.2012) 7.30 pagi:

           Seorang pelajar UiTM telah ditangkap dalam cubaan mencuri laptop & telefon bimbit di perkarangan Blok E Mahallah Uthman. Tindakan cekap mangsa & beberapa orang rakan beliau telah membawa kepada penangkapan suspek. Presiden MRC Uthman, Fellow Encik Khalid & pegawai bertugas dari Unit Keselamatan UIAM telah tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian. Suspek telah berjaya ditangkap bersama-sama teman wanitanyanya & telah disoal siasat oleh Unit Keselamatan. Suspek mendakwa ingin menemui rakannya di mahallah ini namun gagal memberikan keterangan yg tepat semasa disoal siasat. 


       Penangkapan ini bukanlan satu 'kelegaan' bagi penduduk Uthman namun, ia menjadi satu 'wake up call' untuk para pelajar lebih berjaga-jaga dari masa ke semasa memandangkan banyak kes kecurian yang telah berlaku kebelakangan ini. Penduduk Uthman juga dinasihatkan untuk sentiasa memastikan barangan berharga di dalam bilik sentiasa disimpan di tempat yang selamat & memastikan bilik sentiasa berkunci jika tidak berpenghuni.

       Suspek & pasangannya telah dibawa ke Balai Polis yg berhampiran untuk tindakan yang selanjutnya. Bagi pihak Principal Dr. Ramzi Hussain & semua fellow, MRC Uthman ingin mengucapkan tahniah & terima kasih kepada mereka yang telah berjaya menangkap & membantu dalam kes penangkapan ini.

Anak Murid Miskin Yang Jujur




KISAH BENAR

    Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.

Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" "

Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Sumber : Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

Hard Disk Western Digital palsu dijual di PC Fair!


     Anda biasa beli barang elektronik atau gajet komputer di PC Fair? Tanpa sedar, anda mungkin telah ditipu. Jom tengok kes Hard Disk HDD Western Digital palsu yang dijual ini! Dalam sekali pandang dari segi luaran, memang tidak syak yang Hard Disk External Western Digital ini merupakan palsu kerana ia dilihat amat menyerupai produk yang sebenar!


    Lagi mengejutkan, berdasarkan resit yang digunakan untuk jual beli antara pengedar ini, harga yang dijual dan dinyatakan adalah amat hampir sama dengan harga yang dijual untuk  Hard Disk External Western Digital yang asli. Jadi amat sukar jikalau pembeli hendak mengesyaki sesuatu masalah mengenai penjual Hard Disk ini.





Winz Tech Supply Ent (C0021789-B)
22-2, 2nd Floor, Jalan 12/118A, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama.
Tel : 016 651 9733




   Namun selepas pembeli itu membawa pulang pembelian itu, dia dapati yang Hard Disk itu beroperasi dalam keadaan yang terlalu senyap (Umpama pendrive), dan cuba membuka Hard Disk itu. Mengejutkan, apa yang ditemui adalah seperti dalam gambar berikut :-



     Hard Disk itu cuma mengandungi sekeping Pendrive yang telah terbuka dan terdedah, dan juga ketulan besi tidak berkaitan sebagai pemberat!!!

Dengan jelas, ini bukanlah kandungan yang sepatutnya ada dalam sebuah Hard Disk External!
Memalukan! Berdasarkan kajian lanjut, rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku, dan produk palsu ini datangnya dari negara China dan telah lama tersebar di seluruh pasaran Malaysia, tanpa sedari atau tidak disedari pelanggan. Malah, diluar negara juga sudah banyak berlaku kes sebegini.
Sebarkan pada orang ramai semoga semua sentiasa berjaga-jaga dan tidak mudah tertipu! Dapatkan belian gajet komputer anda dari pengedar yang tulen dan sah!


Ustaz Azhar Idrus - Pemakain Seluar Paras Betis Bukan Sunnah Rasulullah SAW... (",)



Salam...

  Sekarng ni terdapat penyebaran di Facebook mengenai pemakaian seluar panjang paras betis adalah Sunnah Nabi. Ustaz Azhar Idrus menegur kerana berpakaian macam nie bukan Sunnah Nabi Muhammad kerana Sunnah Nabi yang sebetulnya adalah pemakaian jubah paras betis.

Betul jugak apa yang Ustaz Azhar Idrus cakap sebab setahu Budak Botak pemakaian serban, pemakaian jubah putih (sebab Nabi Muhammad SAW suka warna putih), tu barulah dikatakan Sunnah Nabi. Macam Ustaz Azhar Idrus cakap, tak salah kalau korang nak pakai, tapi jangan kaitkan dengan Sunnah Nabi.

Mintak tolong sebarkan untuk betulkan balik pemahaman kawan2 kita yang mungkin dah terbaca pasal benda nie. Cuba kita pikir secara logik, kalau pakaian macam ni Sunnah Nabi, kenapa ulama'2 tak pakai macam nie?

P/s: Jangan sebarkan sesuatu yang kita tak pasti, cuba dapatkan pandangan alim ulama' sebelum kita share.





Western Digital External Harddisk 1TB/500GB Untuk Dijual


OFFER MELETOPPPPP!! CEPAT2!!









NEW Western Digital Passport Essential


1TB    -RM339  -RM 290 ONLY!!
500GB-RM239  -RM 190 ONLY!!
2TB   My Book  -RM 380  
2TB   My Passport-RM 560



NEW TOSHIBA Canvio Basics 3.0


1TB    -RM320   RM 280 ONLY!!
500GB-RM228  RM 180 ONLY!!













Specifications:
Color: Black/White
Capacity: 1TB/500GB
Interface: USB 3.0 with up to 5 Gb/s transfer rate
Rotational Speed: Up to 5,400RPM
Average Seek Time: 12ms
Cache Buffer: 8MB
Dimensions & Weight: 3.1” W x 4.7” D x 0.65” H; 6.3 oz
System Requirements:

Microsoft® Windows® 7, XP or Vista
One USB 2.0 or 3.0 port

In the box:

One Toshiba Canvio Basic 3.0 Portable Hard Drive
USB 3.0 Cable (works with USB 2.0)
Quick Install Guide
Three-year limited warranty

++FREE POSTAGE

Cara Bayaran:
(online transfer / deposit tunai)

Nama:Faizal Bin Hussin

Maybank
164799133063


1) PM / SMS saya di nombor 0145102326 untuk membuat tempahan & colour depend pada available stok.
2) Masukkan bayaran (online transfer / deposit tunai) ke dalam akaun bank .
3) Emel butiran tempahan dan bukti pembayaran ke yedopmung@gmail.com atau sms ke no sy.
4) Setelah pengesahan pembayaran dibuat, tracking no. POS LAJU akan diberi secepat yang mungkin (PADA HARI BEKERJA)..


FORMAT SMS
NAMA:
NO PHONE:
ORDER/UNIT:                              (eg: 1TB WHITE/2 UNIT)
ADDRESS:
BANK/AMOUNT/TIME:         (eg: Maybank/ 316/ 8.09 a.m )



Sebarang pertanyaaan boleh hubungi saya or  PM FB sy..
SMS : 0145102326
Emel : yedopmung@gmail.com
FB    : https://www.facebook.com/yedopmung
For Detail, Click Here..
http://www.wdc.com/en/products/products.aspx?id=640

~Stok terhad!! First Come First Serve~

New 3G Modem Broadband 7.2 Mbps!!











3G Modem Broadband 7.2 Mbps BARU untuk dijual!!

(Already unlocked !!- Can use any Telco SIM)

Huawei E173  -RM 85
Huawei E1762- RM 85
ZTE MF190  - RM 75

Caj Penghantaran(1 unit)
Semenanjung Malaysia  +RM 6
Sarawak                         +RM 9
Sabah                           +RM 10


HARGA BORONG(minimum- 5 PCS)

Borong 3G Modem e173  speed 7.2mbps
waranty 3 month

5pcs = RM67pcs
10pcs = RM62pcs
30pcs = RM57pcs
50pcs = RM52pcs
100pcs = RM47pcs
200pcs = RM45pcs
300pcs = RM44pcs
500pcs = RM42pcs

PM my FB or Contact me...
SERIOUS BUYER ONLY.



Cara Bayaran:
(online transfer / deposit tunai)

AKAUN:Faizal Bin Hussin

Bank Muamalat
14010039824725

Bank Islam
14162020762514

Maybank
164799133063

1) PM / SMS saya di nombor 0145102326 untuk membuat tempahan.
2) Masukkan bayaran (online transfer / deposit tunai) ke dalam akaun bank .
3) Emel butiran tempahan dan bukti pembayaran ke yedopmung@gmail.com
4) Setelah pengesahan pembayaran dibuat, Barang akan dihantar menggunakan POS LAJU. Trace no akan diberi secepat yang mungkin.

Sebarang pertanyaaan boleh hubungi saya..
SMS : 0145102326
Emel : yedopmung@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...