IIUM ONLINE: PENCURI LAPTOP DAH KENA TANGKAP




Selasa (11.12.2012) 7.30 pagi:

           Seorang pelajar UiTM telah ditangkap dalam cubaan mencuri laptop & telefon bimbit di perkarangan Blok E Mahallah Uthman. Tindakan cekap mangsa & beberapa orang rakan beliau telah membawa kepada penangkapan suspek. Presiden MRC Uthman, Fellow Encik Khalid & pegawai bertugas dari Unit Keselamatan UIAM telah tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian. Suspek telah berjaya ditangkap bersama-sama teman wanitanyanya & telah disoal siasat oleh Unit Keselamatan. Suspek mendakwa ingin menemui rakannya di mahallah ini namun gagal memberikan keterangan yg tepat semasa disoal siasat. 


       Penangkapan ini bukanlan satu 'kelegaan' bagi penduduk Uthman namun, ia menjadi satu 'wake up call' untuk para pelajar lebih berjaga-jaga dari masa ke semasa memandangkan banyak kes kecurian yang telah berlaku kebelakangan ini. Penduduk Uthman juga dinasihatkan untuk sentiasa memastikan barangan berharga di dalam bilik sentiasa disimpan di tempat yang selamat & memastikan bilik sentiasa berkunci jika tidak berpenghuni.

       Suspek & pasangannya telah dibawa ke Balai Polis yg berhampiran untuk tindakan yang selanjutnya. Bagi pihak Principal Dr. Ramzi Hussain & semua fellow, MRC Uthman ingin mengucapkan tahniah & terima kasih kepada mereka yang telah berjaya menangkap & membantu dalam kes penangkapan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...